
PETIKAN UTUSAN MALAYSIA
SEMUA orang tidak boleh menduga bila dan di mana kemalangan akan terjadi pada diri kita. Sehubungan itu, skim perlindungan insurans diperlukan untuk melindungi kita ketika menghadapi detik tidak terduga.
Untuk membeli perlindungan insurans, sudah tentu kita perlu membayar sejumlah wang tetapi ada juga skim perlindungan insurans ditawarkan kepada sesiapa yang membeli sesuatu barangan.
Syarikat pengeluar minyak aroma terapi terkenal, Aura Seri misalnya telah memperkenalkan skim seumpamanya dengan jimlah perlindungan insurans RM10,000.
.Pengasasnya, Datin Nor Zaina Abdul Ghani berkata, bagi setiap pembelian produk Aura Seri Nur, pengguna akan ditawarkan insurans perlindungan percuma sehingga RM10,000 untuk tempoh setahun.

“Ini adalah satu-satunya produk kosmetik yang menawarkan insurans kepada wanita dalam jumlah yang amat memadai,” katanya ketika ditemui di Aura Seri Spa & Beauty, Medan Idaman, Gombak, Selangor, baru-baru ini.
Nor Zaina berkata, insurans percuma yang ditawarkan ini adalah hasil kerjasama dengan Sime Darby Lockton Insurance Brokers Sdn. Bhd. dan Kurnia Insurans.
“Ilham untuk menawarkan produk seperti ini dicetuskan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahukan satu skim perlindungan menyeluruh untuk wanita berusia dari 18 hingga 65 tahun,” tambah beliau.
Menariknya tentang insurans ini ialah ia bukan saja melindungi kemalangan, tetapi juga meliputi kes-kes ragut, isteri menjadi mangsa penindasan, penceraian serta penganiayaan.
Khasiat bunga-bungaan dalam minyak
Menyentuh mengenai produk Aura Seri Nur, Nor Zaina berkata, perubatan menggunakan aroma terapi ini sudah diamalkan sejak dari zaman tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina lagi.
“Proses penyelidikan untuk menghasilkan minyak Aura Seri Nur ini mengambil masa selama dua tahun. Ia dirumus oleh Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad.
“Aura Seri Nur mengandungi Ylang-Ylang atau kenanga yang mempunyai agen antiseptik serta berfungsi untuk mengatasi perasaan panik atau gemuruh,” katanya.
“Selain itu, ia juga berfungsi menyeimbangkan hormon pada sistem tubuh, otak serta memberi refleksi pada otot-otot wajah.
“Kandungan ekstrak Jasmine pula bagus untuk memberi wanita lebih keyakinan, melancarkan sistem pernafasan serta menghalang pertumbuhan bakteria buruk,” katanya lagi sambil menunjukkan cara penggunaan mudah.
Caranya ialah dengan titiskan di atas tapak tangan yang bersih, berniat di dalam hati dan guna sama ada terus pada wajah atau titiskan di dalam air mandi.
“Saya menyasarkan seramai sejuta wanita menggunakan produk ini. Selain Aura Seri Nur, kami juga akan melancarkan produk penjagaan kulit Aura Seri Nur yang juga menawarkan perlindungan insurans yang sama secara percuma,” ujar beliau lagi.
AURA SERI NUR – Liputan Harian Metro
Pembeli Aura Seri Nur dilindungi insurans
MENENANGKAN emosi kerana mengetahui diri kini dilindungi insurans adalah hasrat pengasas Positif Image Resources, pengeluar Aura Seri, Datin Ira Ghani, ketika melancarkan produk terbaru, Aura Seri Nur.
Menurutnya, wanita kini lebih terdedah kepada bahaya termasuk menjadi mangsa jenayah dan perlindungan insurans dapat meredakan kebimbangan.
“Produk terbaru kami yang menggunakan pelbagai adunan bunga termasuk bunga kenanga dapat memberi ketenangan kepada wanita.
“Perbezaan ketara produk kami bukan sahaja kerana baunya yang harum, malah menerusi teknik aroma terapi, ia dapat membantu menstabilkan emosi dan bertindak menambah aura positif dalam diri pengguna.

“Apabila emosi bertambah stabil, aura positif terpancar sekali gus menambah keyakinan dalaman seseorang untuk kelihatan lebih anggun dan muda,” katanya.
Menurutnya, ia berbeza dengan produk lain yang merawat bahagian luar tanpa mengambil kira perubahan emosi seseorang.
Ira berkata, perubahan emosi penting kerana dalam dunia serba kompleks dewasa ini, peranan wanita lebih besar tidak kira sama ada mereka bekerja mahupun sebagai suri rumah.
Katanya, pelbagai tugas yang perlu dilakukan menyebabkan emosi seseorang terganggu dan cara terbaik untuk memberi ketenangan ialah aroma terapi.
“Kami juga bekerjasama dengan syarikat insurans bagi membolehkan pembeli Aura Seri Nur dilindungi insurans selama setahun.
“Berikutan itu, bagi setiap pembelian produk berkenaan pembeli perlu mengisi borang sebelum menerima kad insurans yang boleh digunakan di hospital,” katanya.
DAPATKAN AURA SERI NUR , PERCUMA Pelan Perlindungan Wanita !


Aura Seri kini melahirkan satu produk hebat yang dipanggil Aura Seri Nur iaitu produk yang mempunyai pakej segar dan baru yang diformulasikan hanya untuk wanita. Khasiat dan kualitinya sama seperti produk Aura Seri sebelum ini tapi ianya dikhaskan untuk wanita.
Aura Seri Nur adalah Pelindungan Wanita kerana dengan hanya membeli sekotak Aura Seri Nur anda akan dilindungi dengan insurans yang direka khas untuk wanita yang disediakan oleh Sime Darby dan Kurnia Insurans. Perlindungan yang akan pengguna Aura Seri Nur perolehi adalah sehingga RM10,000.
Di atas keperihatinan kami terhadap anda, maka kami sarankan anda memiliki satu kotak Aura Seri Nur dan anda bakal mendapat manfaat-manfaat yang akan melindungi anda.
Di Antara Manfaat-Manfaat Dari Aura Seri Nur
SIME DARBY + KURNIA INSURANS
- Direka khas untuk memenuhi keperluan Wanita hari ini
- Menawarkan ketenangan minda kepada para wanita dengan memberi perlindungan 24 jam sehari di seluruh dunia
- Menawarkan manfaat setinggi RM 64,800
- Tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan
- Kematian Akibat Kamalangan (RM 10,000)
- Hilang Upaya Kekal (RM 10,000)
- Hilang Upaya Menyeluruh Sementara (RM 5,000)
- Elaun Pendidikan Anak (RM 500)
- Elaun Pengebumian (RM 500)
- Perbelanjaan Perubatan (RM 500)
- Elaun Pendapatan Hospital (RM 300)
- Kehilangan wang tunai dan/atau barang-barang peribadi (RM 200)
- Elaun Psikoterapi (RM 500)
- Elaun Tempat Perlindungan Sementara (RM 500)
Adakah produk lain yang menawarkan keistimewaan berganda untuk anda ?
AURA SERI NUR adalah satu-satunya !!!
Setiap pembelian Aura Seri Nur, anda perlu melengkapkan borang yang akan diberikan untuk melayakkan anda menerima Pelan Perlindungan Wanita ini.

BERIKUT IALAH KHASIAT 5 PATI BUNGA DALAM AURA SERI NUR

PATCHOULLI ( POGOSTEMON CABLIN )
- Membantu merawat jangkitan yis pada faraj
- Membantu menyembuhkan kulit merekah, radang dan luka
- Membantu masalah kulit kepala berkelemumur
- Membantu mengawal selera oleh itu baik untuk menurunkan berat badan
- Menegangkan semula kulit kendur terutama selepas menurunkan berat badan atau bersalin
- Membantu menyingkirkan selulit dan lebihan air dalam badan
YLANG YLANG ( CANANGA ODORATA )
- Anti-septik, anti kemurungan, menenangkan, meredakan
- kesan menenangkan kepada sistem saraf
- Membantu mengatasi gemuruh, panik dan terkejut
- Membantu mengatasi perasaan rendah diri, bersalah atau cemburu
- Kesan keseimbangan pada sistem hormon
- Tonik kepada uterus
- Merelakskan otot-otot wajah
- Membantu merawat PMS – ketidakstabilan mood menjelang haid
- Membantu mengatasi kemurungan selepas bersalin

JASMINE ( JASMINIUM OFFICINALE )
- Membantu menguatkan kontraksi diwaktu bersalin, mengurangkan kesakitan dan membantu meningkatkan produksi susu ibu.
- Meningkatkan keyakinan, inspirasi dan intuisi
- Meningkatkan benih dan merawat ketidaksuburan
- Meningkatkan daya pernafasan
- Menembusi lapisan kerohanian dalaman, membuka rasa dan emosi
- Baik untuk dilema emosi terutama berkaitan perhubungan dan seksual
- Meningkatkan daya penarik

GERANIUM ( PELARGONIUM GRAVEOLENS )
- Tonik pengimbang, keceriaan dan menaikkan semangat
- Secara tradisional ditanam sekeliling rumah untuk menghalang gangguan unsur asing
- Kesan keseimbangan pada sistem hormon
- Membantu mengurangkan water retention baik untuk merawat selulit
- Tonik untuk hati dan ginjal, membantu menyingkirkan toksin dari badan
- Tonik kepada sistem saraf, dapat mengurangkan kemurungan meredakan tekanan dan gemuruh
- Baik untuk semua jenis kulit untuk menjadikan gebu
- Pembersih kulit yang baik dan menghilangkan kulit yang pucat.

CHAMMOMILE ( CHAMAEMELIUM NOBILIS )
- Menggalakkan kitaran haid yang bagus dan mengurangkan senggugut
- Melegakan sindrom PMS dan membantu masalah berkenaan menopause
- Menguatkan sistem imun
- Baik untuk mengatasi stress, emosi dan berkaitan stress yang mempengaruhi keadaan kulit
- Baik untuk permasalahan kulit
- Membantu mengatasi berdebar-debar, ketegangan, kemarahan atau ketakutan
- Meningkatkan perasaan tenang, selesa dan aman
- Sangat baik utk penghidap insomnia
- Membantu menghindari Grumpy Mood




BACALAH BISMILLAH
NIAT / DOA YANG BAIK
YAKIN DENGAN DOA YANG DIPOHON
TITIS DI TELAPAK TANGAN
Sebelum tidur atau di waktu pagi, basahkan wajah. 1-3 titik Aura Seri Nur dititis di telapak tangan dan gosokkan kedua tapak tangan mengikut arah lawan jam. Sapu ke seluruh wajah, telinga dan leher.
MANDI AURA DI TAB MANDI
Titis 3-7 titis Aura Seri Nur ke dalam kolah. Nikmati kesegaran aromanya sepanjang mandian anda selama 20 minit.
TITIS DI BALDI SEBAGAI BILASAN TERAKHIR
Titis 3-7 titis Aura Seri Nur di dalam baldi. Selepas anda mandi biasa, gunakan dalam baldi tersebut sebangai bilasan terakhir. Amalkan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
| BSY Enzim Noni (Mengkudu)< Prev | Next >BSY Black Hair Magic-NONI |
|---|
